CLICK HERE FOR DETAIL

Saintis Jumpa Planet Yang Hampir Sama Dengan Bumi


Minggu ini sekumpulan ahli astronomi telah mengeluarkan maklumat tentang planet baru yang ditemui. Dalam usaha mereka secara berterusan untuk menemui dan memahami alam semesta. Dalam pencarian tersebut beberapa planet baru ditemui tetapi hanya sedikit yang mempunyai unsur seperti Bumi. Namun baru-baru ini Planet yang baru yang mereka temui ini mungkin hampir 500 tahun cahaya jauhnya agak berbeza dengan penemuan sebelum ini.

Planet baru itu dinamakan Kepler-186f dan ianya seperti amat mustahil untuk sampai ke sana. Kata saintis lagi, ia mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu kita memahami asal-usul alam semesta. Terdapat beberapa planet yang ditemui agak serupa dengan Bumi, namun Kepler adalah unik kerana ia mempunyai hampir 90% peluang untuk mempunyai cecair atau air. Berdasarkan jarak dari bintang yang paling hampir, dan juga faktor-faktor lain, ahli-ahli astronomi mengatakan bahawa Kepler adalah planet yang paling berkemungkinan untuk didiami oleh kehidupan.

Ini merupakan satu kejayaan saintifik amat penting dan ia akan memajukan lagi penyelidikan dan sains terhadap bidang ini. Penyelidikan tambahan sedang dijalankan sekarang, tetapi ia masih dalam proses mengesankan untuk melihat berapa banyak maklumat yang boleh kami perolehi bagi membezakan sesuatu planet sangat jauh.


http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment