CLICK HERE FOR DETAIL

10 Logo Terkenal Dengan Maksud Tersembunyi


Pada masa kini terdapat banyak syarikat-syarikat dengan logo mereka sendiri, tetapi tahukah anda makna di sebalik simbol korporat tersebut. Apa kata kita lihat makna disebalik logo mereka ini. Berikut adalah 10 contoh syarikat dan makna tersirat di belakang logo mereka:


1- Amazon
Anak panah yang kelihatan itu seperti muka yang sedang tersenyum dalam logo Amazon mempunyai maksud lain di belakangnya. Ia adalah untuk menunjukkan pelbagai jenis barangan boleh didapati dengan melayari Amazon, dari A hingga Z.

2-Apple
Apple logo berasal dari kisah Adam dan Hawa. Epal yang digigit mewakili buah dari "Tree of Knowledge". (mengikut maksud mereka)

3-IBM
Logo IBM mempunyai mesej tersembunyi untuk dunia dimana ia tersembunyi di logo Big Blue yang mewakili syarikat itu. Garisan putih yang melaluinya memberikan membawa maksud persamaan.

4- Mobil
Logo Mobil itu sendiri tidak membawa maksud apa-apa, tetapi warna dalam logo itu yang mempunyai maksud tertentu. Merah melambangkan kekuatan manakala biru dalam logo ini melambangkan kesetiaan dan keselamatan.

5- FedEx
Logo FedEx kelihatan mudah dan sukar untuk melihat apa yang tersirat disebalik logo ini. Tetapi cuba lihat ruang antara 'E' dan 'X' dalam Ex berwarna oren. Kelihatan anak panah menunjuk ke hadapan. Ia bermaksud anak panah yang bergerak ke hadapan ke arah masa depan.

6- Audi
Ramai yang tertanya-tanya apakah maksud empat bulatan dalam logo. Empat bulatan mewakili 4 syarikat-syarikat yang merupakan sebahagian daripada Kesatuan Auto-Consortium pada tahun 1932, iaitu DKW, Horch, Wanderer dan Audi.

7- BMW
Logo BMW adalah satu penghormatan kepada sejarah syarikat penerbangan. Logo ini menunjukkan sebuah kipas sedang bergerak dengan bahagian biru itu mewakili langit. Ini adalah disebabkan peranan syarikat ini untuk membina enjin pesawat udara bagi tentera Jerman semasa Perang Dunia II.

8- Mercedes-Benz
Bintang bersegi tiga Mercedes mewakili penguasaan syarikat ke atas tanah laut dan udara.

9- Toyota
Terdapat tiga elips yang dapat dilihat dalam logo syarikat ini. Setiap elips mewakili hati pelanggan, hati produk dan hati kemajuan teknologi.

10- Volkswagen
Logo Volkswagen adalah menunjukkan singkatan nama syarikat. Perkataan "Volks" adalah bermaksud orang-orang Jerman, manakala "Wagen" adalah  bermaksud 'Jerman untuk kereta'.



http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment