CLICK HERE FOR DETAIL

Kerusi Ajaib Memudahkan Kerja Harian Anda

Pernahkah anda terfikir bagaimana pegawai trafik bekerja dengan berdiri selama berjam-jam? Atau sedang berjalan-jalan ditaman tetapi tiada tempat untuk duduk bagi rehat sebentar? Walau bagaimanapun, semua ini akan dapat diatasi. Satu produk berjaya dicipta oleh penyelidik Switzerland untuk menyelesaikan masalah ini dan ia berfungsi sebagai kerusi. Ia membolehkan pengguna untuk duduk dengan selesa walaupun ditempat itu tiada mempunyai kemudahan kerusi.
Dipanggil 'The exoskeleton' ini, apabila tidak digunakan, masih melekat dan tidak menghalang pengguna untuk berjalan atau berlari. Tujuan asal firma ini mencipta alat ini adalah supaya pekerja lebih produktif sepanjang hari. Firma itu dipanggil noonee yang berpangkalan di Zurich berkata "Sebaik sahaja diaktifkan, ia adalah mudah alih ringan dan tahan berat badan. Ia juga dapat melegakan tekanan pada otot kaki dan sendi. Dengan itu ia membuat proses kerja lebih selesa dan dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada penyakit yang berkaitan otot. pekerja juga akan bekerja dengan lebih cekap dan berkesan. Hasilnya, tahap pengeluaran akan meningkat".

Pencipta bersama noonee adalah Keith Gunura 29 tahun dan datang dengan dua reka bentuk, satu adalah dengan kasut  dan satu lagi tanpa kasut.



http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

2 comments:

  1. makin canggih lah dunia skg, bukan takat phone ja, kerusi pn dh upgraded. fuyooooool

    ReplyDelete