CLICK HERE FOR DETAIL

10 Perisian Percuma Terbaik 2017


Perisian terbaik tidak selalu datang dengan harga yang perlu dibayar. Terdapat banyak perisian percuma bagi PC yang boleh didapati di internet dan boleh meningkatkan mutu kerja anda atau kepuasan anda untuk bermain.

Tambahan lagi anda boleh mendapatkan perisian yang dapat menyelesaikan masalah anda dan meningkatkan lagi prestasi PC anda secara maximum.

Berikut adalah senarai perisian yang mungkin berguna dan saya percaya adalah beberapa perisian percuma percuma terbaik yang ada ketika ini. Mungkin ada beberapa perisian yang anda mungkin telah tahu dan mungkin sesetengah anda belum mengetahuinya lagi. Tetapi apabila anda telah mencubanya, anda akan tertanya-tanya kenapa saya tidak mengetahuinya sebelum ini...

1. Mozilla Firefox 27.0
Jika anda tidak suka menggunakan Microsoft Internet Explorer atau IE anda boleh beralih kepada pilihan alternatif lain. Firefox daripada Mozilla mungkin jawapannya, pelayar web yang pantas dan fleksibel termasuk tabbed browsing, kawalan privacy, built-in semakan ejaan dan keupayaan untuk menambah pelbagai plug-ins. Kesimpulan anda rugi jika belum mencubanya.
http://www.techradar.com/downloads/firefox

2. Adobe Flash Player 12.0
Bercakap tentang plug-ins, jika anda mahu untuk mendapatkan paparan web yang terbaik samada melihat setiap laman web, bermain permainan dalam pelayar web anda atau menonton video dalam Firefox, anda memerlukan Adobe Flash Player. Ia adalah perisian plug-in yang penting bagi menggunakan internet. Perisian yang penting jika anda ingin bermain game Flash di Facebook, YouTube dan pelbagai laman web anda memerlukan perisian Adobe Flash ini.
http://www.techradar.com/downloads/adobe-flash-player

3. Google Chrome 32.0
Berita baik untuk pengguna Google Chrome ialah pelayar web Google mempunyai Adobe Flash Player sedia ada didalamnya sebagai standard. Seperti Firefox, ia menawarkan tabbed browsing, kawalan privacy yang baik  dan peluang untuk memasang extensions yang berbeza daripada Chrome Web Store untuk meningkatkan fungsinya. Sangat berguna, jika anda mempunyai akaun Google, log in ke dalam Google Chrome setiap kali anda menggunakan ia memberi anda pilihan untuk sync (seragam) aktiviti dan pilihan anda di seluruh multiple devices. Yang paling menarik, Chrome adalah smooth, pantas dan stabil. Ia mungkin tidak sepopular Firefox, tetapi ia sedang menyainginya.
http://www.techradar.com/downloads/google-chrome

4. OpenOffice 4.0.1
Microsoft Office adalah pilihan yang jelas apabila ia digunakan oleh sektor perniagaan, tetapi harganya kadang-kadang agak mahal bagi sesetengah orang. Anda mungkin berfikir pilihan alternatif yang lain yang agak sama seperti Microsoft Office, OpenOffice boleh dijadikan sebagai pilihan. OpenOffice juga mempunyai persamaan dari Word, Excel dan PowerPoint secara percuma. Impress adalah ideal jika anda hendak membuat persembahan multimedia. Dan yang penting anda boleh save dan dibuka menggunakan Microsoft Office di pejabat anda nanti. Tiada masalah.
http://www.techradar.com/downloads/openoffice

5. Adobe Reader 11.0
Jika anda selalu bekerja dengan dokumen-dokumen secara kerap, anda akan perlu membuka dokumen PDF dan perlu mencetaknya. Adobe Reader 11.0 adalah perisian terbaik bagi tugasan tersebut. Adobe mencipta standard PDF, dan oleh sebab itu perisian Reader adalah cara yang terbaik untuk membuka dan melihat PDF fail.  Selain itu juga ia mempunyai ciri-ciri lain seperti edit, sticky note dan sebagainya.
http://www.techradar.com/downloads/adobe-reader

6. Avira 2014
PC tanpa perisian anti-virus adalah seperti sebuah rumah tanpa pintu. Sesiapa sahaja boleh masuk dan membuat sesuatu kepada rumah kita. Avira 2014 produk yang paling popular dan yang penting ia percuma. Jika McAfee dan Norton anda perlu membayar atau melanggan secara tahunan. Ia adalah pilihan alternatif percuma bagi anda.
http://www.techradar.com/downloads/adobe-reader




7. CCleaner 4.09
Jika Avira 2014 membantu anda bagi melindungi PC anda daripada virus dan perisian yang tidak dingini install secara auto, CCleaner 4.09 akan membantu anda untuk membersihkan apa-apa yang telah terinstall secara tidak diketahui. Menggunakan antara muka yang mudah, CCleaner boleh digunakan bagi mencari fail-fail yang tidak diperlukan dan aplikasi yang tidak digunakan dan dengan kebenaran daripada anda untuk memadamnya. Ini bole memberi ruang pada PC anda. Selain daripada itu ia boleh membersihkan Registry anda dan mengurangkan beban pada sistem anda. 
http://www.techradar.com/downloads/ccleaner

8. Adwcleaner 3.0
AdwCleaner 3.0 hampir sama dengan seperti CCleaner, tetapi ia lebih mudah diguanakan atau mesra pengguna. Digunakan bagi mencari fail yang tidak digunakan, pemasangan yang tidak diketahui dan pemasangan toolbar yang tidak diingini boleh dibuang menggunakan perisian ini. Selain itu, Ia dapat mengoptimumkan sistem PC anda.  
http://www.tr.downloads-hub.com/downloads/adwcleaner

9. YouTube to MP3 Converter
YouTube Converter ini adalah perisian percuma untuk menukar kan atau membantu anda untuk menyimpan video-video YouTube yang anda gemari ke dalam PC terus ke hard disk anda.  
http://www.tr.downloads-hub.com/downloads/free-youtube-to-mp3-converter

10. VLC Media Player
VLC Media Player mungkin kurang menarik tetapi ia boleh memainkan video atau format audio seperti DivX, H.264, Cinepak, Video Real, MP3, WMA, FLAC, ALAC dan banyak lagi. Keistimewaan perisian ini selain percuma ia tidak perlu untuk memuat turun dan memasang codec tambahan.  
http://www.techradar.com/downloads/vlc-media-player









http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

2 comments:

  1. nice info...banyak yang saya dah ada cuma x update lagi....

    ReplyDelete