CLICK HERE FOR DETAIL

3 Peraturan Keselamatan Elektrik Selepas Banjir

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kejadian banjir dibeberapa negeri termasuklah Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor. Pasti semua orang dalam keadaan tergesa-gesa untuk mendapatkan kembali harta peribadi selepas sahaja keadaan kembali normal selepas bencana atau selepas banjir surut. Namun bila ia melibatkan peralatan elektrik perlukan cara yang betul dan berhati-hati dalam menanganinya. Kepada mangsa banjir disini ada sedikit tips bagi menjaga keselamatan anda dalam menangani berkaitan dengan elektrik.

1. Jangan sekali-kali pergi ke bahagian terjejas teruk dan masih ditengelami oleh air sehingga syarikat utiliti, jabatan bomba, atau juruelektrik berlesen telah mengeluarkan meter elektrik dari soketnya.

Mengapa: Keluarkan meter dari soketnya adalah satu-satunya cara untuk memutuskan bekalan kuasa sepenuhnya di rumah. Walaupun rumah anda telah kehilangan kuasa elektrik, anda masih boleh terkena kejutan elektrik jika rumah anda mempunyai generator sebagai backup. 

2. Setelah bangunan atau rumah dibersihkan dari air dan anda mulakan usaha pemulihan, perlu diingat bahawa hampir semua peralatan elektrik musnah atau rosak.

Mengapa: Sangat sedikit peralatan yang boleh diselamatkan atau boleh diguna semula. Secara ringkas disenaraikan barang atau peralatan yang hampir pasti perlu diganti:
  • Wayar dan pelindung pendaiwaian
  • Kabel berperisai
  • Panel agihan dan pemutus litar
  • Kotak fius dan fius
  • Sub panel
  • Penghawa dingin
  • Lampu
  • Pemanas
  • Blower dan kipas
Ramai yang cuba menyelamatkan peti ais atau penyejuk beku. Ia bergantung kepada jenis peralatan, kedalaman air banjir, dan tempoh penenggelaman. Ada yang cuba untuk menghidupkanya selepas banjir, tetapi ia akan jadi berisiko: Peralatan ini akan jadi amat bahaya untuk beroperasi selepas banjir.

3: Beri perhatian lebih kepada pembumian dan sistem pendaiwaian dan selepas banjir minta juruelektrik untuk menjalankan satu ujian yang menyeluruh.

Mengapa: Terdapat dua aspek dalam sistem elektrik setiap rumah iaitu bahagian-bahagian yang direka untuk membawa arus elektrik semasa operasi biasa dan bahagian-bahagian yang direka untuk membawa arus kebumi sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Ia dikenali sebagai pembumian dan sistem pendaiwaian yang boleh terjejas teruk disebabkan banjir. Hanya juruelektrik berlesen dan terlatih yang boleh menilai kerosakannya.

Semua komponen logam sistem elektrik rumah harus dilihat dengan teliti dan diganti jika perlu. Sebagai contoh, peti logam elektrik yang telah tenggelam boleh berkarat dan karat pada kotak akan menghalang sambungan pembumian sistem rumah tersebut.

http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment