CLICK HERE FOR DETAIL

Panduan dan Strategy Bertarung di Arena MarketGlory Malaysia Part 2

Panduan dan Strategy Bertarung di Arena MarketGlory Malaysia Part 1

STRATEGI GERILA

Untuk anda yang ingin terjun ke dalam Arena, diawal jangan cuba-cuba langsung membeli Weapon HQ dan gunakan Energy secara membabi buta. Meskipun anda mempunyai modal wang yang banyak, cara membabi buta seperti "Rambo" hanya akan membuat anda rugi besar. Perlu anda ingat, didalam Arena pastinya memerlukan modal untuk setiap hari. Semakin tinggi level anda semakin besar keperluan untuk anda bertahan di level tersebut. Untuk itu saya cadangkan anda menaikkan level secara beransur-ansur dan sesuaikan dengan kemampuan kewangan anda. 

Untuk memulakan Strategi Gerila anda sekurang-kurangnya mempunyai modal sebanyak 2 Gold atau 27 MYR. Modal minimum ini sangat wajib untuk anda miliki kerana stok di local market tidak boleh diramal. Sehingga anda berkemungkinan besar terpaksa membelinya di global market.

Sekarang akan saya jelaskan Strategi Gerila, untuk anda yang baru pertama kali memasuki Arena. Untuk persediaan awal: 

HARI PERTAMA
  • 2 weapon Attack LQ yang sama yang (Local/GLobal Market)
  • 2 Weapon Defence LQ yang sama yang (Local/Global Market)
  • 1 Cuisine HQ (Local/Global Market (+5 Energy)
  • 1 Milk HQ (Local/Global Market) (+5 Energy)
  • 10 Artikel/Surat Khabar (HOME) (+3 Energy)
Belilah Cuisine HQ di Local / Global Market sebelum jam 21:15 waktu server atau Pukul 3:15 pagi. Pada waktu tersebut energy anda akan menjadi 6 Energy. Masa untuk membeli 2 senjata Weapon LQ Attack / Defence anda boleh lakukan pada bila-bila sahaja, asalkan sebelum waktu server reset time 06:00 pagi. Selepas anda membeli senjata jangan melakukan Referral Fight sebab tempoh attack / defence senjata anda akan terpakai. Dengan membeli 2 Weapon LQ Attack / Defence dengan jenis yang sama anda akan mendapat 10x Attack / Defence. dan carilah weapon dengan harga lebih murah di Local / Global Market. Dan tunggulah sehingga jam 05:30 pagi. 

Pada jam 03:30 pagi atau 30 minit sebelum server reset time mulakan dengan mengambil 1 Milk HQ dan 10 Surat khabar, anda akan dapat +8 Energy ditambah dengan energy sebelumnya dari cuisine lebih kurang 5 energy, sehingga jumlah Energy yang akan anda miliki lebih kurang 13 (tiga belas) Energy.

Setelah anda mempunyai weapon dan energy yang sesuai seperti diatas mulalah menyerang trainer sebanyak 5 kali sehingga anda mencapai tahap novice (1) dan berhenti bertarung !!!. Pastikan energy anda melebihi 5 Energy sampai waktu server reset time (06:00 pagi). Energy akan berkurangan 5% setiap 1 jam dan 10% setiap kali anda Fight, jika anda mengikuti cara diatas pasti energy anda akan mencukupi sehingga waktu server reset time. Dan anda akan menerima bonus 0.16 Euro selepas dipotong cukai pada server reset time (06:00 pagi).

Selepas server reset time akan muncul banyak lawan di arena dan carilah lawan yang paling minima iaitu level novice (1) atau level yang melebihi level anda bagi menambah jumlah point anda lagi. Saya cadangkan anda cari lawan yang lebih tinggi level dari anda untuk diserang kerana jumlah mata yang diperolehi akan lebih tinggi. Tetapi ingat !!! jangan menyerang tanpa usul periksa. Bertarunglah dengan lawan yang pasti anda menang. Carilah lawan sehingga habis tempoh weapon anda atau energy anda tidak lagi mencukupi untuk bertarung.

Seterusnya setelah anda selesai bertarung di arena disebabkan kehabisan energy atau weapon. Berehatlah sejenak hingga jam 07:00 pagi untuk meneruskan pertarungan semula di referral fights.

REFERRAL FIGHT SELEPAS ARENA 

Pada jam 07:00 pagi anda boleh mengikuti pertarungan "Referral Fight" dengan lawan yang tidak seperti biasa atau dengan kata lain anda tidak hanya akan mencari trainer sebagai lawan anda. Pada jam 07:00 pagi anda boleh bertarung untuk merebut Downline yang tidak mempunyai Upline disebabkan habis masa blocked oleh upline sebelumnya dan anda boleh menjadi upline nya selama 1 hari, atau jika downline tersebut aktif anda boleh block dia selama sebulan dengan 0.8 Euro. Inilah Bonus jika anda mula menyertai "Arena", anda boleh mendapatkan downline tanpa perlu menyebarkan link affiliate anda.

Lakukan Referral Fight sebanyak 10x dan setelah itu Work 1x. Dengan Strategy ini anda tetap boleh melakukan Referral Fight setiap hari sehingga pendapatan anda menjadi lebih dari biasa. Hebat bukan !!! Saya juga cadangkan, jika anda mula terjun ke dalam arena ubahlah jam kerja anda untuk jana euro anda sebanyak mungkin.

HARI KEDUA

Pada hari kedua anda tidak perlu lagi membeli Cuisine. Pada hari kedua anda cuba untuk melihat kedudukan anda apakah point anda berkurang atau masih tetap. Untuk setiap level akan ada kemungkinan anda di attack, ini pun bergantung level. Untuk level novice (1) anda boleh di attack lawan 1x sehari, untuk level novice (2) 2x sehari, dan semakin tinggi level semakin bertambah jumlah kemungkinan anda di serang.

Jika anda kalah apabila diserang lawan, point anda akan berkurangan. Untuk level Novice (1) kemungkinan point anda akan berkurang 1 point sehari, itu pun jika anda di serang. dan jika anda di serang ini juga akan memberi kesan kepada jumlah tempoh kegunaan weapon anda. Maka berharap supaya tiada yang menyerang anda. Namun biasanya di level ini sangat biasa anda akan diserang setiap hari. Untuk itu anda harus selalu melihat jumlah tempoh penggunaan weapon anda.

Pada jam 05:30 pagi atau 1 jam sebelum server reset time, belilah: 1 Weapon Attack LQ dan 1 Weapon Defence LQ seperti di hari sebelumnya, ditambah dengan 1 Milk HQ dengan 10 Surat khabar dan tunggulah senhingga server reset time.

Selepas server reset time (06:00 pagi) akan muncul banyak lawan di arena. Carilah lawan novice (1) atau level yang melebihi anda untuk menambah jumlah point anda dari hari sebelumnya. Bertarunglah mengikut kesesuaian kemampuan anda bertarung sampai anda tidak boleh lagi bertarung dan jangan membeli energy lagi.

Pada hari kedua anda boleh mengubah sedikit strategi anda dengan membeli surat akhbar selepas server reset time. Bagaimanapun semua terserah kepada anda kerana anda perlu mencari strategi terbaik bagi anda sendiri. Dan jangan lupa pada jam 07:00 pagi mulakan dengan referral fight 10x dan selepas itu work 1x.

HARI KETIGA dan SETERUSNYA 

Pada hari ketiga dan seterusnya merupakan hari di mana anda harus mula menyusun starategi anda sendiri sama ada mahu bertahan di level novice (1) atau terus meneruskan ke level novice (2) sehingga bonus euro anda akan bertambah menjadi 0.32 Euro per hari. Dan yang pasti sebelum server reset time anda perlu mempunyai 1 Weapon attack, 1 Weapon Defence, dan minimum 5 Energy.

Saya sangat mencadangkan jika ada ingin bertahan di level tertentu, bertahanlah di 1 point sebelum level seterusnya. jadi contoh anda ingin bertahan di level novice (1) bertahanlah di point1 7 kerana jika anda bertahan melebihi point 7 anda telah termasuk level novice (2) dan pasti jumlah boleh diserang juga akan bertambah menjadi 2x sehari.



Kredit to Gurielamp and moldyma


http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment