CLICK HERE FOR DETAIL

10 Fakta Gila Tentang Albert Einstein

Walaupun Albert Einstein dikatakan saintis yang paling terkenal sepanjang zaman namun mungkin ada banyak perkara yang anda tidak tahu tentangnya. Walaupun beliau seorang yang sangat berjaya dalam sains dan fizik, Albert juga adalah seorang lelaki yang biasa dengan masalah yang biasa seperti mengingati sesuatu. Walaupun begitu, beliau berjaya menawan hati dan fikiran setiap daripada intelektual dan cerdik pandai sehingga kini. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Mari kita lihat 10 Perkara Tentang Albert Einstein Yang Mungkin Anda Tidak Mengetahuinya!


1. Pakar patologi yang melakukan bedah siasat Einstein mencuri otaknya dan disimpan dalam balang selama 20 tahun.


2. Einstein pernah ditawarkan jawatan presiden Israel dan beliau menolaknya


3. Pada umur 12 tahun beliau telah meghasilkan pembuktian advanced matematik.


4. Dia gagal dalam peperiksaan untuk masuk ke Politeknik Akademi Persekutuan di Switzerland.


5. Perlu diingat, bahawa dia lulus bahagian matematik dengan cemerlang. Einstein adalah sangat lemah dalam bahasa dan disebabkan itulah dia gagal.


6. Einstein tidak benar-benar bercakap sehinggalah dia berumur 4 tahun.

7. Banyak daripada penemuan yang besar dan pandangan beliau datang dari eksperimen pemikiran dan hanya membayangkan perkara-perkara itu berlaku.


8. Setelah menamatkan pengajian di Politeknik Akademi Persekutuan di Switzerland Einstein tidak dapat mencari pekerjaan sebagai pengajar seterusnya menjadi seorang kerani pada awalnya.


9. Walaupun seorang kerani ketika itu, Einstein menulis 4 paper yang telah mengubah masa depan sains.


10. Einstein juga terkenal kerana mempunyai memori yang tidak baik, lupa nama, nombor telefon dan tarikh
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment