CLICK HERE FOR DETAIL

10 Tempat Berbulan Madu Terbaik di Dunia

Adakah anda merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini? Adakah anda telah memutuskan destinasi mana bagi berbulan madu? Di sini kita sajikan 10 destinasi bulan terbaik di dunia bagi suasana romantis suami isteri yang anda idam-idamkan.

10-Pulau Sipadan di Malaysia
Pulau Sipadan ('Pulau Sempadan' dalam bahasa Melayu) adalah sebuah pulau dengan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan. Pulau ini hanya 12 hektar (30 ekar) dan dilindungi oleh hutan hujan yang asli. Kepelbagaian yang luar biasa dan kelimpahan hidupan laut ditemui di Sipadan menjadikannya salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Ditambah dengan lebih dari 3000 spesis ikan yang ada pasti menarik anda kesana bagi percutian bulan madu anda.

9-Kenya
Jika anda inginkan suasanan safari yang ideal bagi percutian bulan madu anda, Kenya adalah destinasi yang tepat. Lokasi seperti Loisaba akan membawa kelainan dalam perjalanan romantik anda. Suasana pemandangan yang dihiasi dengan burung merak, Kuda belang yang menawan serta kelibat gajah merupakan beberapa pilihan safari yang menanti anda di Kenya. Sesuatu yang berbeza dari kehidupan asal anda.

8-Tahiti
Tahiti telah menjadi sebuah destinasi bulan madu popular selama beberapa dekad. Bumbung jerami, pokok-pokok sawit, dan bayu wangi hanya sebahagian ketika melayan di kedai yang terdapat disitu. Ada sebab yang baik mengapa lokasi seperti Bora Bora menjadi destinasi popular kepada produksi-produksi filem dari Hollywood. Memukau adalah perkataan terbaik dan sesuai untuk menggambarkan pengalaman yang akan anda nikmati di Tahiti nanti.

7-Belize di Amerika
Terletak di tengah-tengah Central Amerika ia adalah sebuah tempat yang dikenali sebagai Belize. Belize bersempadan dengan Mexico di utara dan Guatemala di sebelah barat dan selatannya. Tiada bulan madu yang lengkap jika tidak menyenaraikan Belize dalam pilihan destinasi anda. Tropika, menggiurkan, dan menggelora hanya tiga patah perkataan yang dapat difikirkan apabila anda melawat Belize. Menyelam skuba dan meredah hutan hujan hanyalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti yang boleh anda pertimbangkan jika anda inginkan riadah bersama pasangan anda ketika disana.

6-Greece
Greece biasanya tersenarai dalam destinasi pilihan bulan madu bagi kebanyakan pelancong yang inginkan suasana romantis. Anda mempunyai pilihan seperti Santorini, Athens, dan Delphi maka hairanlah ramai pasangan ke Greece setiap hari.

5-Tofino di Pulau Vancouver
Tofino adalah sebuah daerah yang mempunyai kira-kira 1,876 penduduk di pantai barat Pulau Vancouver British Columbia, Kanada. Walaupun Kanada bukanlah destinasi romantik yang biasa kita dengar namun Tofino di Pulau Vancouver mungkin akan mengubah fikiran anda. Dengan pancaran matahari terbenam menyinari batu pantai yang indah menanti anda ditambah dengan aktiviti riadah merentasi kawasan gunung-ganang pada musim sejuk, Tofino adalah destinasi bulan madu yang mungkin kelainan yang anda cari selama ini.

4-Lake Louise di Kanada
Lake Louise atau tasek Louise yang berada di Kanada adalah destinasi hebat untuk pasangan yang menikmati bulan madu. Sangat sesuai untuk merasai suasana bulan madu musim sejuk. Bukan itu saja Lake Louise juga dikatakan lebih menakjubkan ketika menikmati musim panas. Anda tidak akan percaya dengan mata anda apabila melihat keindahan tasik hijau yang berwarna-warni dihadapan anda. Terletak di antara Pergunungan Rocky yang tinggi, ia adalah salah satu destinasi yang akan meninggalkan kenangan yang manis seumur hidup anda.

3-St Lucia di kepulauan Windward
Salah satu daripada Kepulauan Windward, Saint Lucia dinamakan sempena Saint Lucy dari Syracuse oleh Perancis. St Lucia adalah satu lagi destinasi yang bergaya untuk pasangan bulan madu. Fikirkan tumbuh-tumbuhan yang subur, langit berwarna biru laut serta minuman tropika di bawah pokok-pokok yang menjulang tinggi dan anda boleh jadikan ia bernilai bertukar menjadi kenyataan. Jangan terkejut jika anda tidak mahu kembali ke kehidupan sebenar gara-gara terpesona dengan keindahan St Lucia.

2-Pulau Bali di Indonesia
Bali sangat popular bagi pasangan baru suami isteri bagi mencari gabungan antara budaya dan suasana tenang. Tempat seperti Bukit, Ubud, Nusa Dua adalah pilihan terkenal untuk dipertimbangkan. Pastikan anda jangan mengisi perut dengan awal bagi merasai masakan Bali yang sangat menyelerakan. 

1-Kepulauan Maldives
Kepulauan Maldives adalah destinasi utama berbulan madu jika anda sukakan pasir di jari kaki anda dan matahari di muka anda.  'Maldives' (seperti yang mereka kenali) menawarkan tempat percutian yang sesuai untuk pasangan yang mengisi masa dengan suasana amat romantik. Jika anda impikan air laut biru dan matahari terbenam yang indah, anda mungkin mempertimbangkan untuk menuju ke Lautan Hindi bagi percutian selepas perkahwinan nanti.

Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

1 comments:

  1. Blh la ajak wife g honeymoon...dh google tempat best nih...haha

    ReplyDelete