CLICK HERE FOR DETAIL

21 Benda Perempuan Cakap Lain dan Lelaki Ingat Lain

Anda mungkin cuba mempelajari bahasa English, Perancis, Sepanyol, atau Jerman, tetapi semua ini tidak dapat dibandingkan dengan Bahasa perempuan. Kebanyakan orang bersetuju bahawa satu-satunya perkara yang lebih mustahil daripada memahami bahasa perempuan adalah membahagikan sebarang nombor dengan 0. "Awak tiada harapan." "Jangan cuba." "Whatever." Lihat ? Anda mungkin berfikir bahawa semua itu membawa maksud anda hanya perlu menyerah kalah atau putus asa dan tidak mencuba lagi kan? Salah! Mana-mana perempuan akan memberitahu anda perkara begini dalam bahasa perempuan sebenarnya membawa maksud disebaliknya. Berikut adalah 21 perkara dimana perempuan mengatakannya dan lelaki akan salah faham.



1. Bila perempuan cakap "Adakah saya nampak gemuk?"

Dengan kata lain "Adakah awak fikir saya hodoh?" Dan jawapannya sudah tentulah "tidak".


2. Bila perempuan cakap " Teruskan "

Jangan salah faham yang ini adalah kebenaran dari dia. Malah, ia lebih kepada kalau berani buatlah. Perkara terbaik adalah jangan lakukannya.


3. Bila perempuan cakap " Tidak "

Maksudnya memang tidak.


4. Bila perempuan cakap " Iya "

Dalam kebanyakan kes juga ia bermaksud tidak. Namun terdapat pengecualian tetapi mereka sangat sukar untuk dibezakan.


5. Bila perempuan cakap " Mungkin "

Masih lagi tidak.


6. Bila perempuan cakap " Alangkah baiknya jika... " 

Semua yang ada perkataan "jika" boleh dikatakan seperti wajib.


7. Bila perempuan cakap " Fine "

Maksudnya segala hujah dia adalah betul dan anda kalah.


8. Bila perempuan cakap " Its okey "

Ia tidak pernah okay. Ini bermakna bahawa dia memerlukan masa untuk memikirkan hukuman kepada anda.


9. Bila perempuan cakap " Awak dengar tak? "

Anda tidak mendengar dan sudah terlambat untuk pujuk kembali. 


10. Bila perempuan cakap " Terpulang "

Jika anda fikir ini bermakna anda mempunyai kebebasan untuk memilih maka anda adalah sangat-sangat silap. Maksud sebenar adalah " terpulang kepada awak ... untuk memilih pilihan yang tepat yang saya tahu tetapi saya tidak akan memberitahu awak kerana awak sepatutnya tahu." Membuat pilihan yang salah biasanya akan menyebabkan "Its okey (lihat nombor 17).


11. Bila perempuan mengeluh

Anda mungkin tidak ambil peduli, tetapi ini sebenarnya adalah satu perkara yang serius dan secara kasar boleh dikatakan seperti "Saya tak percaya perlu berdiri di sini dan bersabar dengan kebodohan awak".


12. Bila perempuan cakap " 5 minit "

Ini bergantung kepada keadaan. Jika dia sedang bersiap maka ia adalah yang paling mungkin di antara 30 dan 40 minit. Jika anda sedang menonton TV maka 5 minit bermaksud sekarang. 


13. Bila perempuan cakap " Whatever "

Hampir sama seperti Fine nombor 18. Cuma ia lebih teruk.


14. Bila perempuan cakap " Terima kasih "

Masih sama iaitu terima kasih.


15. Bila perempuan cakap " Terima kasih banyak-banyak "

Ia adalah satu perbezaan yang sangat kecil tetapi ini sebenarnya bertentangan dengan "terima kasih". Jangan sesekali anda sebut "sama-sama". Biasanya ia merujuk kepada whatever di nombor 12.


16. Bila perempuan cakap " Kita boleh pergi ke mana-mana sahaja "

Maksudnya baik pergi ke restoran atau kedai makanan kesukaannya.


17. Bila perempuan cakap " Kita perlu bercakap "

Matilah awak.


18. Bila perempuan cakap " Apa yang awak buat ? "

Ini sebenarnya bukan satu soalan. Ia adalah satu kenyataan yang serupa dengan "Awak dah lakukan kesalahan."


19. Bila perempuan cakap " Saya tidak kecewa "

Dia kecewa.


20. Bila perempuan cakap " Kami perlukan…"

Sebenarnya dia perlukan...


21. Bila perempuan cakap "Tiada apa-apa"

Ia adalah sesuatu. Ia pasti ada sesuatu dan anda perlu mendapatkan jawapan tersebut dengan cepat apa sebenarnya berlaku.





http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman



Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment