CLICK HERE FOR DETAIL

15 Haiwan Yang Membunuh Manusia

Alam semula jadi tidak dinafikan penuh dengan bahaya. Walaupun kita fikir kita berada di bahagian atas rantai makanan dan menjadi raja dibumi ini namun ia tidak bermakna kita benar-benar kebal. Fakta jelas menunjukkan ada haiwan yang boleh membawa maut kepada manusia saban tahun. Mari kita lihat 15 senarai haiwan yang paling menakutkan kepada manusia.

15-Lebah
Sengatan lebah bukan sahaja menyakitkan tetapi juga sangat berbahaya. Tahukah anda 53 orang mati setiap tahun oleh sengatan lebah kebiasaannya adalah disebabkan alahan. Adakah anda perasan lebah mendarat di lengan anda? Perkara yang paling bijak untuk dilakukan adalah untuk tidak gugup dan menunggu dengan sabar sehingga ia terbang dari situ. Ia kemungkinan besar akan terbang jika anda tidak membuat ia terasa terancam.

14-Singa
Raja di hutan ini membunuh purata 70 orang setahun. Berita baiknya anda mungkin bukan berada dekat dengan tempat tinggalnya.

13-Obor-obor
Mimpi buruk bagi setiap peluncur dan pencinta laut. Walaupun tidak banyak yang mati akibat dari sengatannya dalam anggaran 10 orang setiap tahun namun ia akan menjadi pengalaman pahit dan menyakitkan jika terselamat. Atau mungkin lebih baik berenang di kolam renang sahaja.

12-Harimau
Harimau boleh membunuh seorang manusia dalam sekelip mata sahaja. Setiap tahun kira-kira 100 orang telah dibunuh oleh harimau dan kelihatan bukan suatu jumlah yang besar, tetapi ia membuatkan kita tertanya-tanya bagaimana 100 orang ini menghadapinya ketika saat berdepan dengan haiwan yang menakutkan ini.

11-Rusa
Anda tentu tidak menjangka yang satu ini! Rusa bukanlah haiwan yang ganas, tetapi haiwan ini banyak terlibat dalam kemalangan kereta yang boleh membawa maut. Kira-kira 120 orang mati setiap tahun akibat dari kemalangan ini. 

10-Anjing
Mereka setia dan boleh menjadi penjaga namun ia boleh juga menjadi sangat berbahaya. Anjing telah membunuh kira-kira 25,000 orang setahun - kebanyakannya berpunca kerana penyakit anjing gila.

9-Buffalo
Berat haiwan ini boleh mencecah sehingga kira-kira 1.5 tan. Hanya sedikit kemalangan yang diakibatkan oleh haiwan ini setiap tahun kira-kira 200 orang manusia secara tepat.

8-Gajah
Gajah adalah haiwan yang besar dan ada di sesetengah negara mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia dan melakukan aktiviti bersama setiap hari. Dianggarkan kira-kira 500 orang mati setiap tahun akibat dari haiwan ini dan biasanya adalah berpunca dari dipijak oleh haiwan yang besar ini. 

7-Buaya
Mungkin haiwan ini antara yang paling menakutkan dalam senarai ini. Buaya membunuh sekitar 1,000-1,500 orang setiap tahun. Anda perlu berhati-hati jika terserempak dengan haiwan ini atau baik anda hindari dari tempat yang mungkin ia boleh dijumpai.

6-Badak air
Satu lagi haiwan yang bersaiz besar dan kelihatan tenang namun apabila ia semakin tidak terkawal atau gila, tiada apa yang boleh menghentikannya. Kira-kira 500 orang dibunuh setiap tahun oleh haiwan ini atau lebih dikenali sebagai hippos.

5-Kala jengking
Dalam senari top 5 teratas adalah haiwan yang tidak mempunyai saiz fizikal yang besar namun sangat licik. Ini adalah kala jengking dan apabila ia mereka bertemu dengan manusia, kebiasaannya mereka ini akan menyengat dan ia boleh menjadi sangat berbahaya. Setiap tahun kira-kira 5,000 orang mati akibat sengatan kala jengking.

4-Ular
Kadar kematian akibat dari haiwan ini telah mencatat kenaikan sedikit tahun terkini. Sekitar 50,000 orang mati setiap tahun akibat gigitan ular dan ia berada di tempat keempat senarai ini.

3-Manusia
Ya! manusia berada di tempat ketiga dalam membunuh sesama sendiri. Dan jiki kita terus melakukan pembunuhan dalam skala besar, tidak mustahil manusia semakin pupus. Purata manusia membunuh adalah sekitar 475,000 orang setiap tahun.

2-Lalat

Pembunuh terbesar sebenarnya tidak melakukannya secara langsung, tetapi dengan secara menyebarkan pelbagai penyakit merebak. Setiap tahun kira-kira setengah juta orang mati disebabkan oleh penyakit yang berpunca dari lalat.

1-Nyamuk
Dan jika kita bercakap mengenai wabak penyakit, nyamuk adalah penyebar yang sangat handal. Dari punca Malaria sahaja - kira-kira 1,000,000 orang mati setiap tahun! Satu fakta yang menakutkan kita.


http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment