CLICK HERE FOR DETAIL

Tips memilih buah tembikai yang manis dan banyak air

Siapa yang tak suka dengan buah tembikai? Ramai dikalangan kita suka dengan buah-buahan yang sedap dan menyegarkan ini. Tapi kadang-kadang kita terfikir kecualilah kalau anda seorang petani yang berpengalaman,  bagaimana cara untuk memilih buah tembikai yang banyak air, manis dan cukup masak tanpa perlu memotongnya terlebih dahulu. 

Jom kita kongsikan beberapa tips yang akan membantu anda untuk memilih buah tembikai yang terbaik supaya tidak meyesal selepas membelinya.

Tengok di bahagian bawah

Tempat yang berwarna kuning adalah tempat di mana tembikai itu berada di atas tanah. Buah tembikai yang masak sentiasa mempunyai tompok kuning atau kuning oren dan bukannya berwarna putih.


Tompok anyaman coklat
Bintik-bintik perang seperti anyaman pada buah tembikai bermakna ada lebah yang telah melakukan proses pendebungaan dan semakin banyak proses pendebungaan itu semakin manis buah tersebut.

Tembikai jantan atau betina
Ramai yang tak tahu bahawa petani membezakan tembikai mengikut jantina. Sebagai contoh, tembikai jantan adalah lebih besar dan berbentuk memanjang. Isinya juga mempunyai banyak air. Manakala tembikai betina mempunyai bentuk yang bulat dan sangat manis rasanya.

Periksa ekor
Ekor kering menunjukkan bahawa buah tembikai tersebut telah masak elok. Jika ekor berwarna hijau, tembikai tersebut dipetik terlalu awal dan kemungkinan besar belum lagi masak.




http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman












Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment