CLICK HERE FOR DETAIL

Cara Mudah Mengetahui Jumlah Rambut Anda

Berapakah helai rambut di kulit kepala anda?. Berapakah helai yang gugur setiap hari?. Setiap manusia, rata-rata mempunyai jumlah rambut kira-kira 100,000 helai rambut di kepalanya. 

Jangka hayat tumbuh setiap helai rambut hanya antara 2 hingga 6 tahun, kemudian gugur. Pada liang yang sama, rambut baru akan mula tumbuh. Kitaran kehidupan sehelai rambut dipanggil sebagai kitaran rambut. Kitaran rambut bermula dari fasa pertumbuhan, fasa peralihan yang pendek, dan fasa rehat. Rambut berhenti tumbuh ketika berada di fasa rehat. Fasa pertumbuhan terdiri daripada fasa pertumbuhan awal dan fasa pertumbuhan aktif. Selepas itu adalah fasa peralihan dan fasa rehat. Rambut tetap berada dalam folikel rehat sehingga ke fasa pertumbuhan berikutnya. Pada fasa pertumbuhan seterusnya, rambut yang dalam keadaan rehat akan didorong untuk keluar dari liang-liang kulit kepala. Kesannya akan menyebabkan rambut gugur. Bagi orang yang tidak mempunyai masalah rambut, setiap hari kira-kira 70 hingga 100 helai rambut akan gugur secara semulajadi.

Apa lagi yang perlu anda tahu tentang rambut? Untuk pengetahuan anda rambut tumbuh lebih dari 10 milimeter untuk tempoh sebulan. Itu sebabnya rambut merupakan bahagian tubuh yang paling cepat pertumbuhannya. Panjang pertumbuhan seluruh helai rambut di kepala anda boleh mencapai sehingga 20 meter sehari. Hebatkan.


http://www.marketglory.com/strategygame/noahiman
Share on Google Plus

Iklan dari noah

Bagi pinjaman peribadi khas untuk kakitangan kerajaan boleh whatsapp 0189577443 atau 0185702530

0 comments:

Post a Comment